Dewasa ini bermacam-macam dugaan telah melanda negara yang di namakan Malaysia yang terdiri dari berbilang bangsa,kaum dan agama.Sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain semakin terhakis dek kerana hasutan parti politik yang semakin tamak dan gilakan kuasa.Mereka tanpa segan dan silu mengeluarkan kenyataan yang semakin merbahaya demi keuntungan politik serta matlamat peribadi yang masih belum tercapai.Antara matlamat itu ialah menjadi Perdana Menteri,menjadi menteri dan wakil rakyat yang berpaksikan keuntungan dan kekuasaan semata-mata.
Bagi generasi kini,pastilah tidak merasa kesusahan,kepayahan,kedaifan dan kesengsaraan tatkala negara di jajah pada satu ketika dahulu.Bagi generasi yang terdahulu,generasi sebelum atau sezaman negara mencapai kemerdekaan,pasti banyak pengalaman pahit maung yang ditempuhi.Penjajahan British keatas tanah melayu terjadi kerana negara kekayaan hasil bumi yang menjadi idaman kuasa-kuasa besar di ketika itu.Rakyat yang tertekan serta tersiksa mengharapkan agar British dapat diusir dari bumi bertuah ini, iaitu kerajaan yang memerintah pada ketika itu.Wujudlah pahlawan-pahlawan tanah melayu ketika itu seperti Mat Kilau dan Tok Janggut serta ramai lagi yang berjuang untuk membebaskan tanah melayu dari kekuasaan British.
Ditengah kekalutan itu,datang pula tentera-tentera dari negara matahari terbit yang berpanjikan warna putih dan bulatan berwarna merah di tengah-tengahnya dan mungkin akan dapat membebaskan tanah melayu dari tangan British.Asakan dan kekuatan tentera Jepun pada ketika itu dapat menumbangkan serta mengusir British dari mendiami tanah melayu dan bermulalah penjajahan jepun keatas tanah melayu.Kejayaan Jepun di ketika itu diantaranya ada bantuan dari orang-orang melayu yang turut sama berjuang untuk mengalahkan tentera British.Kata bidalan "Ku harapkan panas hingga kepetang rupanya hujan di tengah hari","harapkan pagar,pagar makan padi".Bidalan yang menyimpulkan kekesalan orang-orang melayu apabila Jepun sebenarnya lebih zalim dan tidak berperi kemanusiaan.Kalau di pemerintahan British masih lagi boleh menjamah sesuap nasi,tetapi kekejaman Jepun menyebabkan bekalan makanan terutamanya beras dirampas,rumahtangga ditinggalkan,anak dan isteri bertaburan.Pengganti nasi iaitu ubi kayu,ubi gadung,pisang rebus dan pucuk kayu di ketika itu demi mengalas perut dan melangsungkan kehidupan yang serba daif.Ada yang di tangkap dan di jadikan buruh paksaan,ada yang dipaksa meminum air sabun,ada yang disula,ada yang merasa penampar jepun dan ada juga yang terpenggal lehernya.
Kisah penjajahan dua kuasa terbesar itu ke atas tanah melayu boleh di jadikan iktibar dan panduan betapa kerajaan yang ada di masa kini telah melaksanakan pelbagai cara demi menaikkan taraf hidup,memajukan negara,menyatupadukan kaum.Apa yang tidak dilaksanakan oleh kerajaan yang di pertikaikan oleh sesetengah pihak yang senantiasa tidak berpuas hati dan membenci serta mengkafirkan umat islam yang lain.Soal akidah tiada siapa yang dapat menentukannya selain allah yang maha esa.Setiap manusia yang mengucap dua kalimah syahadah,bekiblatkan kaabah dan mengaku Muhammad rasul allah adalah agamanya islam.Kalau dahulunya dikatakan UMNO bersahabatkan kafir maka jadinya kafir,tetapi sekarang Pakatan Rakyat juga terdiri dari bukan islam iaitu DAP.Bagaimana...???Adakah Pakatan Rakyat dapat memerintah negara dengan sempurna dan Perdana Menterinya adalah orang Melayu..??Dikesempatan memerintah beberapa negeri pun bermacam-macam kontroversi yang melanda,inikan pula memerintah negara.Kalau dahulu PAS melaungkan tidak akan menaikan tarif air,cukai pintu dan cukai tanah,mengapa sekarang Kedah tarif airnya di naikan..???
Ingatlah wahai orang yang berbangsakan Melayu,selagi kerajaan yang ada menyediakan masjid sebagai tempat beribadah,mewajibkan membayar zakat,membasmi kemiskinan,membasmi penyakit dan membasmi kejahilan,maka itukah yang dinamakan kerajaan yang zalim..??kite cakap cam ni,depa cakap cam na...