Sunday, February 8, 2009

APA SUDAH JADI NI




Saat ini pastinya warga negeri perak di ibaratkan seperti berada di dalam kuali yang semakin panas.Sesungguhnya kepanasan ini sudah di jangka oleh ramai orang yang melihat suasana yang berlaku dari permulaan penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di negeri Perak.Dengan majoriti kerusi Dun yang di pegang oleh DAP melebihi Pas dan PKR pastinya yang terbanyak ingin berkuasa dan memasang angan-angan yang di idamkan telah lama dahulu.Sesudah meraikan kemenangan barisan PR yang menumbangkan BN, keasyikan dan kesenyuman itu tersentak,terfana,terkantoi dek kerana perlembagaan Negeri Perak Yang mensyaratkan Menteri Besar adalah orang Melayu.Boooommmmm...satu ledakan yang mematahkan semangat DAP untuk berkuasa di Negeri Perak dan teng..teng..teng...untuk Pas yang mungkin tak menjangkakan perkara ini terjadi di dalam kamus Pas.




Bermulanya episod tarik menarik di dalam pakatan rakyat yang semakin tertekan untuk memilih calon MB yang sesuai.Melihatkan rakan-rakan di Kedah,Pulau Pinang yang telah pun menamakan calon yang telah di putuskan dengan mudah,mereka di Perak belum ada kata putusnya.Setelah bermesyuarat entah kali ke berapanya,persetujuan telah dicapai dan melantik Nizar sebagai MB untuk negeri Perak.Bermulalah tugas Nizar sebagai MB baru di Perak yang di perkenan oleh Tuanku Sultan yang semakin hari melaksanakan tugas yang di berikan dengan melantik ahli-ahli majlis mesyuarat (Exco) dengan rancaknya.Sebulan,Dua bulan,tiga bulan sehinggalah ke tahun 2009 ini kerajaan PR di kejutkan dengan tsunami politik yang merobek segenap pelusuk negeri dan daerah,berpuca dari pada empat orang mereka hilang tempat bergantung dan menyusu kembali menyokong BN.Turut menerima tsunami ini adalah institusi di raja Negeri Perak yang di kutuk dan di caci oleh penyokong PR sehinggakan sanggup menahan kenderaan tuanku,tidur di tengah jalan,membaling batu dan membuat demontrasi di jalanan yang sebelumnya semua ke Masjid bersembahyang Jumaat serta menyembah Allah s.w.t,berkiblatkan kaabah yang satu.Fikirkan lahhhhhhh.....orang melayu yang agamanya islam...kite cakap..depa cakap kita nak tau juga..

No comments:

Post a Comment