Salam Hormat,Seorang anak saudara saya yang berusia 10 tahun mengemukakan soalan ini dansaya gagal menjawabnya. Dia bertanya kenapa tandas rumah-rumah modensekarang ini ditempatkan dalam bilik. Biasanya tandas ada dalam bilik utamaselain di bahagian belakang (dapur).Katanya, ustaznya memberitahu setiap kali azan, syaitan akanterkentut-kentut dan cirit birit, melarikan diri ke dalam tandas. Pendeknyasyaitan suka duduk di tempat-tempat kotor seperti tandas.Tetapi kenapa rumah-rumah sekarang ini, tandasnya ada dalam bilik ?. Takkahitu bermakna kita membela syaitan dalam bilik, katanya membuatkan sayabingung.Betul juga cakap budak ini. Orang sekarang makin teruk dan degil, mungkinsalah satu sebabnya membela syaitan dalam bilik. Anak-anak degil,berkali-kali cakap atau panggil buat tidak tahu sahaja. Suami juga degil,cakap perkara sama berulangkali, buat sakit hati isteri. Isteri juga sama.Semua degil-degil. Sebab dalam biliknya ada tandas. Punyanya malas orangkita, kalau nak ke bilik air, tak perlu jauh-jauh, di sebelah katilnyasudah ada bilik air.Nampaknya orang Islam nak ikut stail orang Barat. Mereka nak jadikan rumahmereka macam hotel. Dalam bilik hotel ada tandas, jadi orang Islam yangmembina mahligai mereka pun mahu buat macam itu - ada jamban dalam bilik.Orang dulu, kalau bina tandas, mereka cari tempat jauh-jauh dari rumah.'Bank kecil' ini memang berasingan daripada rumah mereka. Tetapi kini,orang bukan saja membina tandas dalam bilik, malah ada melengkapkan tandasmereka sebegitu hebat seolah-olah macam tempat tidur! –Moral of the storey…. SENTIASA LAH TUTUP PINTU BILIK AIR ANDA… (dalam
erti kata lain agar syaitan2 tu tak berkeliaran dalam bilik tidur anda)…….¦. Itu adalah yang terbaik…
erti kata lain agar syaitan2 tu tak berkeliaran dalam bilik tidur anda)…….¦. Itu adalah yang terbaik…
No comments:
Post a Comment