Wednesday, February 4, 2009

Nasib Bola Sepak Tempatan

Saat ini dan ketika ini sukan yang di minati ramai iaitu bola sepak di landa kemerosotan yang amat teruk.Ramai peminat-peminat sukan ini membenci pasukan negara yang mempersembahkan mutu permainan yang boleh di katakan taraf kampungan.Kenapa ini terjadi ?Apakah adanya sabotaj di kalangan pemain-pemain yang mewakili pasukan negara ?Kemanakah hala tujunya pembangunan sukan negara Malaysia ini ?Dalam pemerhatian gua banyak sebab yang memungkinkan permasalahan ini terjadi.Diantara sebabnya ialah kita tidak ada satu akademi bolasepak yang akan mengasah bakat-bakat yang telah di kenal pasti kebolehan masing-masing.Gua berkata demikian kerana sependapat dengan bekas pengurus dan juga orang kuat pasukan Sang Kenari iaitu Allahyarham Dato Ahmad Basri Akil yang selama ini memperjuangkan kewujudan akademi tersebut.Disaat ini negeri Jelapang Padi menuai hasil buah fikiran beliau yang mana lahirlah bakat-bakat muda yang meneruskan legasi bola sepak Negeri Kedah walaupun sekarang mengalami kemerosotan tetapi sekurang-kurangnya adalah pelapis yang dapat di ketengahkan untuk berjuang di peringkat antarabangsa.Keduanya gua nampak adanya campur tangan politik di dalam persatuan sukan ini mahupun persatuan sukan yang lain.Fenomena ini akan mewujudkan satu suasana pentadbiran yang bermotifkan kepentingan peribadi untuk mengisi katung yang sentiasa berlubang.Ketiganya gua juga nampak pengurusan di peringkat negeri juga amatlah bersangkutan dengan fenomena ini.Seandainya pasukan bola sepak negeri di kopratkan dan di urus oleh seorang yang berkaliber pastinya dapat membangunkankan pasukan sesebuah negeri.Duit kutipan tiket di masukkan di dalam kantung pasukan,pendapatan dari penaja juga di masukkan di dalam kantung yang sama dan juga duit hadiah kemenangan sesuatu perlawanan di masukkan ke kantung yang sama,maka cubalah kalian bayangkan duit yang sebanyak itu di gunakan untuk membangunkan sesebuah pasukan....kite kata,depa kata plak kita pun x tau...

3 comments:

  1. atlit-atlit malaysia semua pentingkan duit la bro..itu pasal la teruk sangat..

    ReplyDelete
  2. Bola ....
    teringat zaman sekolah dulu, main bola xpakai kasut terabur, semput. sekarang geng sekolah menengah pun mcm 2. sbb 2 kita xleh jadi negara bola. isketambola mesti terer bola

    ReplyDelete
  3. salam

    otai sokong blog kau dek

    terus memblog dan membalak

    ReplyDelete