Wednesday, September 9, 2009

PENYELESAIAN MASALAH DI SABAH DAN SERAWAK

Saban hari dan tahun kita rakyat Malaysia mendengar rintihan daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat,Menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin masyarakat yang berasal daripada Sabah dan Serawak menuntut agar pembangunan insfratuktur seperti jalan raya,elektrik,air bersih,sekolah dan lain -lain lagi di laksanakan di Sabah dan Serawak demi keselesaan rakyat yang di sayangi.

Kenapa persoalan ini saban tahun terjadi dan sememangnya memeningkan kepala para pemimpin yang berbelah bagi demi untuk kebajikan rakyat negara yang tercinta ini..?Jawapannya hanyalah satu,iaitu taburan penduduk Sabah dan Serawak yang berselerak dan berada jauh di pedalaman memungkinkan masalah ini dapat di selesaikan dengan sempurna.Bayangkan jika hendak ke sesuatu perkampungan itu terpaksa menempuh perjalanan yang berjam-jam lamanya malahan ada sesetengah tempat pula tidak dapat di hubungi oleh jalan darat dan terpaksa menaiki pesawat- pesawat kecil,bot dan perahu panjang yang sememangnya memerlukan pengorbanan yang tinggi. Bagaimana jika pembangunan yang hendak di laksanakan di sesuatu tempat itu terpaksa menempuhi perjalanan yang begitu sukar dan inilah puncanya kos pembangunan bertambah dan kos sarahidup di Sabah dan Serawak meningkat begitu tinggi.

Walaupun begitu setiap persoalan dan masalah pastinya dapat di selesaikan jika kerajaan mengambil beberapa langkah seperti menempatkan penduduk-penduduk di pedalaman ini dengan membuka penempatan-penempatan yang terancang seperti Felda,Risda,Keda dan Felcra.Tun Abdullah telah menyasarkan negeri Serawak sebagai negeri jelapang padi yang kedua negara untuk menampung keperluan padi dan beras yang semakin tenat dan terpaksa di import dari negara-negara lain.Disamping mempunyai penempatan yang terancang dan insfratuktur yang lengkap,mereka di berikan peluang pekerjaan dalam sektor perladangan yang selama ini menjadi perkerjaan tetap dan warisan turun-temurun dari azali.Setelah terdapat penempatan yang terancang dan lengkap dengan segala kemudahan insfratuktur maka ianya dapat diteruskan lagi dengan menarik para pelabur-pelabur asing dan tempatan untuk merancakkan lagi pembangunan di negeri Sabah dan Serawak dengan sektor industri,sektor komunikasi,sektor perkhidmatan dan bermacam-macam lagi peluang perkerjaan yang bakal diwujudkan.

Inilah salah satu jalan penyelesasian yang mungkin telah pun di fikirkan oleh para pemimpin kita tetapi mahu atau tidak ianya mesti di lakukan daripada memperuntukkan jutaan ringgit,malahan berbilion ringgit yang tidak menampakkan penyelesaian yang ketara.Ingatlah walau bagaimana sekalipun yang di sarankan atau yang di gagaskan jika tidak menepati sasaran dan perlaksanaannya maka rakyat tetap tidak akan menyokong kerajaan yang ada sekarang."GAGASAN TIDAK MENJAMIN SOKONGAN RAKYAT".Kepada rakyat Sabah dan Serawak anda semua perlu berubah dan berhijrah ke era kemodenan demi generasi-generasi yang akan datang.Ayuh..keluarlah dari kesengsaraan menuju kebahagiaan dan keselesaan demi gagasan 1 Malaysia......Kite cakap macam ni la....anda cakap macam mana daaa...