Monday, March 14, 2011

DNA..OHHH..DNA

Isu DNA (Deoksiribonukleik Asid) memancing perhatian masyarakat hari ini dek kerana perbicaraan Datuk Sri Anwar Ibrahim masih berlegar-legar tentang permasalahan yang semakin rumit dan menimbulkan pelbagai spekulasi sama ada kepada kerajaan mahu pun beliau sendiri.Persoalan yang sering di pemikiran rakyat Malaysia ialah kenapa DSAI tidak mahu memberi kerjasama menyerahkan contoh DNAnya untuk di analisis dan di jadikan bahan bukti bagi pertuduhan yang telah dikenakan terhadapnya.

"Berani kerana benar,dan takut kerana salah".Pepatah melayu sering di lafazkan sejak dari turun -temurun yang membayangkan keberanian untuk menegakkan sesuatu itu haruslah berpaksikan kebenaran dan ketakutan itu disebabkan kesalahan yang telah dilakukan.Bagaimana seorang yang berciti-cita menjadi pemimpin meneladani kepada rakyat bahawa pepatah tersebut sudah tidak terpakai lagi atau pun perlu di ubah semula kepada pepatah yang baru.Harus di ingat setiap perbicaraan di mahkamah haruslah di sokong dgn bahan bukti yang akan menyabitkan kesalahan mahupun kebenaran sesuatu pertuduhan itu.Selagi tidak di jatuhkan hukuman oleh mahkamah,tertuduh masih belum boleh di katakan bersalah dan di penjarakan.

DSAI adalah seorang yang berpengalaman dan di bantu oleh beberapa orang peguam terkenal yang akan mempertahankan DSAI dengan pelbagai cara untuk membuktikan bahawa beliau tidak bersalah dan tuduhan yang di kenakan adalah palsu belaka.DNA 'Y' menjadi misteri dan sehingga sekarang belum dapat di pastikan siapa yang ampunya dna tersebut.Selagi tidak dibuktikan pemiliknya,selagi itulah ianya akan menjadi misteri dan mendatangkan pelbagai anggapan oleh masyarakat.Kenapa DSAI tidak memberikan DNAnya untuk di analisis..?Tepuk dada tanya selera..."DNA boleh menyelamat dan DNA juga boleh menyusahkan"...kite cakap cam ni,anda cakap cam ner....