Wednesday, May 20, 2009

Penanti Hambar

Apabila Dun Penanti di kosongkan,ramai beranggapan bahawa akan ada lagi pertandingan yang sengit di antara BN dan PR seperti yang telah lalu.Lihatlah Pilihanraya kecil di Dun Bukit Selambau yang mencetuskan satu senario yang hebat dan melambangkan demokrasi di mana terdapat 15 calon yang bertanding untuk memecahkan satu rekod pilihanraya di negara ini di mana Parti Keadilan Rakyat di nobatkan sebagai pemenangnya.

Setelah Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa BN tidak bertanding di Dun Penanti maka terjawablah sudah persoalan yang bermain di kepala para peminat-peminat politik tanahair ini.Berbagai persoalan yang di timbulkan ekoran daripada keputusan yang di buat seperti BN dah takut,BN dah tak ada duit,BN dah tak berkeyakinan untuk menang dan banyak lagi.Di sini ingin di nyatakan bahawa BN tidak takut untuk bertanding kerana sebagai parti yang memerintah negara BN masih mempunyai majoriti kerusi di Parlimen tetapi tidak mahu terikut-ikut dengan permainan politik pembangkang yang mempunyai krisis dalaman dimana ahli-ahli lama inginkan jawatan di dalam pentadbiran negeri.Mereka ini menciptakan satu fitnah yang menghancurkan imej Mohd Firus dengan tomahan rasuah serta ugutan-ugutan lain.Siasatan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) akhirnya mendapati bahawa beliau tidak bersalah di dalam kes tersebut.

Mengapa BN harus membantu merancakkan lagi pilihanraya ini yang di sebabkan ketamakkan ahli-ahli PKR untuk mendapat jawatan di dalam pentadbiran negeri? Untuk bertanding haruslah mengeluarkan peruntukan kewangan yang banyak tetapi jika di gunakan bagi pembangunan dan
kepentingan rakyat BN akan lebih lagi di hormati dan di sanjungi sementelah di dalam kekusutan ekonomi yang melanda dunia kini.Biar PKR dan kawan-kawan yang bertungkus lumus untuk berkempen dan menghabiskan duit sendiri (ss..syok sendiri..).Kepada PR selepas ini di harapkan semoga banyak lagi YB anda yang meletakkan jawatan.Mengalah tak berertinya kita kalah,tetapi berundur seketika untuk menyusun strategi di masa hadapan.

Dun penanti juga tidak akan menjejaskan kepentingan BN dalam mentadbir negara malah PM telah menyatakan bahawa kepentingan dan kebajikan penduduk di Penanti akan terus terbela.
Kepada pengundi-pengundi di Dun Penanti,bukakan mata dan lihatlah apa yang terjadi di dalam parti Pakatan Rakyat yang tidak menjanjikan apa-apa kepada anda semua cuma mereka menjanjikan setahun akan ada banyak pilihanraya kecil kerana mereka seronok menjadi YB yang dapat memenuhi kantung sendiri.Kabajikan dan pembangunan negeri terabai dek kerana leka berpolitik dengki-mendengki,fitnah-menfitnah dan kata-mengata.Tunding jari telunjuk kepada orang lain,empat jari lagi menunding kepada diri sendiri...kite cakap..anda cakap cam ne..

Monday, May 18, 2009

Mengapa oh mengapa

Setelah tsunami ekonomi melanda dunia yang lalu semakin pulih,kini tsunami baru melanda iaitu H1N1 atau pun selsema burung dan babi yang merunsingkan seluruh umat manusia di muka bumi ini tak kira bangsa,agama dan Negara.

Kalau dahulu kita di kejutkan dengan selsema burung,yang mana semua burung-burung yang ada di bunuh,ayam itik di tangkap dan juga di lupuskan tanpa belas kasihan kini babi pula menjadi mangsa keadaan ini.Mengapa..oh mengapa...ada desas desus mengatakan yang wabak ini sengaja di wujudkan untuk menguji dan mungkin di jadikan senjata yang senyap di masa hadapan.Ada juga pendapat menyatakan bahawa pemimpin barat mahukan satu fenomena yang dapat menutup kelemahan ekonomi negara masing-masing daripada pemerhatian dunia.Beribu rakyat Amerika terkorban dek kerana wabak ini yang mana mereka berjiran dengan Mexico dan di Malaysia sendiri 2 orang telah di sahkan di jangkiti wabak ini dan di kurantinkan dengan rapi.Apa pun kepada rakyat Malaysia jangan cemas dan sentiasa mengikuti perkembangan wabak ini kerana kerajaan kita senantisa mengawal dan memantau di setiap pintu masuk negara samaada melalui udara mahu pun melalui darat.

Apa pun yang penting sebagai rakyat Malaysia kita haruslah berbangga dengan perpaduan yang di pupuk oleh pemimipin terdahulu mahupun pemimpin yang terkini demi kestabilan ekonomi yang akan memacukan keamanan serta kemakmuran kita semua..(bawa duit seguni dan anda merantau untuk mencari sebuah negara seperti Malaysia ini....adakah..??) tanpa perpaduan yang utuh negara Malaysia ini tidak akan berjaya seperti sekarang dan harus di ingat juga setiap yang di atas pasti akan di bawah jua,setiap yang hidup pasti mati,setiap yang selesa pasti datangnya kesukaran......yang penting jangan lupakan yang maha esa...kite cakap,anda cakap...kite x tahu...

renungkanlah

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi.. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu.. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
Berfikir lagi... Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, 'Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni.' kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah Kalau semua nak tahu ... si Hamba Allah itu adalah kita semua.. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dankalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macamkitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..