Tuesday, April 27, 2010

Calon Merajuk Siapa Mau

Tahniah Abu lola ucapkan kepada jentera BN yang berjaya menawan kembali Parlimen Hulu Selangor walaupun majoriti berkurangan dik kerana ketidakpuasan hati sesetengah kaum ataupun golongan yang ditakrifkan merajuk.

P.Kalamanathan merupakan Yang Berhormat baru bagi Parlimen Hulu Selangor yang telah menewaskan calon merajuk PKR yang boleh di kategorikan dikenali ramai dan agak lantang bersuara terhadap sesetengah perkara.Hanya 1725 undi yang membezakan kemenangan mutlak keatas Zaid Ibrahim.Zaid Ibrahim telah menyatakan bahawa sistem pilihanraya di negara ini berat sebelah yang mana menyebabkan kekalahan beliau tanpa memikirkan bahawa pilihanraya kecil sebelum ini telah di menangi oleh parti PR(Pakatan Rakyat)seperti di Bukit Gantang dan Bukit Selambau malahan banyak negeri yang tumbang kepada parti PR..adakah masih tidak adil tuan...!

Kekalahan Zaid bukanlah kerana sistem pilihanraya tetapi faktor peribadi beliau sendiri yang selama ini di belai oleh Kerajaan Barisan Nasional(BN).Rakyat Hulu Selangor pun boleh membezakan siapa yang boleh menjadi wakil rakyat mereka.Mereka tidak memerlukan seorang wakil rakyat yang berpaling tadah,talam dua muka,tersepit dan tidak berpendirian.Siapakah yang memberikan gelaran Menteri Di Jabatan Perdana Menteri..?Kerajaan BN la....tetapi telah di pecat kerana terlebih banyak cakap dari kerja..setelah di pecat beliau merajuk dan menjadi ahli PKR untuk mencari pengaruhnya yang telah hilang.

Apabila YB Hulu Selangor meninggal dunia,Anwar mencalonkan Zaid Ibrahim agar menjadi perisainya dalam mengharungi kancah politik masa kini dan dengan harapan kemenangan di pihak mereka.Percaturan Anwar kali ini nampaknya tidak menjadi dan tidak menepati kehendak rakyat setempat.Apabila keputusan di umumkan tiada kelibat Anwar yang di katakan keluar negeri untuk persidangan satu forum yang tidak dapat dielakkan.Penting sangatkah persidangan itu sehinggakan nasib serta maruah parti dan calon harapan di abaikan begitu sahaja.Kesian Zaid terkontang kanting menahan malu akibat kekalahan beliau dan menjawab berbagai soalan yang di ajukan oleh pihak media.Kata pepatah''habis madu sepah di buang"tetapi apa yang terjadi ialah belum madu di sedut dah di buang.kite cakap cam ni la..anda cakap cam na plak..