Wednesday, May 20, 2009

Penanti Hambar

Apabila Dun Penanti di kosongkan,ramai beranggapan bahawa akan ada lagi pertandingan yang sengit di antara BN dan PR seperti yang telah lalu.Lihatlah Pilihanraya kecil di Dun Bukit Selambau yang mencetuskan satu senario yang hebat dan melambangkan demokrasi di mana terdapat 15 calon yang bertanding untuk memecahkan satu rekod pilihanraya di negara ini di mana Parti Keadilan Rakyat di nobatkan sebagai pemenangnya.

Setelah Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa BN tidak bertanding di Dun Penanti maka terjawablah sudah persoalan yang bermain di kepala para peminat-peminat politik tanahair ini.Berbagai persoalan yang di timbulkan ekoran daripada keputusan yang di buat seperti BN dah takut,BN dah tak ada duit,BN dah tak berkeyakinan untuk menang dan banyak lagi.Di sini ingin di nyatakan bahawa BN tidak takut untuk bertanding kerana sebagai parti yang memerintah negara BN masih mempunyai majoriti kerusi di Parlimen tetapi tidak mahu terikut-ikut dengan permainan politik pembangkang yang mempunyai krisis dalaman dimana ahli-ahli lama inginkan jawatan di dalam pentadbiran negeri.Mereka ini menciptakan satu fitnah yang menghancurkan imej Mohd Firus dengan tomahan rasuah serta ugutan-ugutan lain.Siasatan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) akhirnya mendapati bahawa beliau tidak bersalah di dalam kes tersebut.

Mengapa BN harus membantu merancakkan lagi pilihanraya ini yang di sebabkan ketamakkan ahli-ahli PKR untuk mendapat jawatan di dalam pentadbiran negeri? Untuk bertanding haruslah mengeluarkan peruntukan kewangan yang banyak tetapi jika di gunakan bagi pembangunan dan
kepentingan rakyat BN akan lebih lagi di hormati dan di sanjungi sementelah di dalam kekusutan ekonomi yang melanda dunia kini.Biar PKR dan kawan-kawan yang bertungkus lumus untuk berkempen dan menghabiskan duit sendiri (ss..syok sendiri..).Kepada PR selepas ini di harapkan semoga banyak lagi YB anda yang meletakkan jawatan.Mengalah tak berertinya kita kalah,tetapi berundur seketika untuk menyusun strategi di masa hadapan.

Dun penanti juga tidak akan menjejaskan kepentingan BN dalam mentadbir negara malah PM telah menyatakan bahawa kepentingan dan kebajikan penduduk di Penanti akan terus terbela.
Kepada pengundi-pengundi di Dun Penanti,bukakan mata dan lihatlah apa yang terjadi di dalam parti Pakatan Rakyat yang tidak menjanjikan apa-apa kepada anda semua cuma mereka menjanjikan setahun akan ada banyak pilihanraya kecil kerana mereka seronok menjadi YB yang dapat memenuhi kantung sendiri.Kabajikan dan pembangunan negeri terabai dek kerana leka berpolitik dengki-mendengki,fitnah-menfitnah dan kata-mengata.Tunding jari telunjuk kepada orang lain,empat jari lagi menunding kepada diri sendiri...kite cakap..anda cakap cam ne..

2 comments:

  1. Bloggers di wilayah utara akan mengadakan sesi perjumpaan kali ke 2 dalam masa yang terdekat. Ramai bloggers utara yang telah mengesahkan kehadirannya seperti "Depakata", "RamliDAP" dan sebagainya. Butirannya adalah seperti yang berikut:

    Tarikh : 4hb Julai 2009 (sabtu).
    Lokasi : Sg. Petani Inn.
    Masa : 8.30 malam.

    Kepada sesiapa yg berminat sila "book kerusi" anda di bloggersutaraunion@yahoo.com sebelum 3hb Julai 2009. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Ketua Pemuda Gerakan ketinggalan zaman, kata MB Kedah
    ALOR SETAR, Jun 25 — Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak menyifatkan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang ketinggalan zaman apabila terus mengajak orang menyertai BN.

    "Semua sekarang nak tinggalkan Umno dan BN untuk menyertai PAS dan Pakatan Rakyat. Tiba-tiba dia pula ajak masuk BN, pelik sungguh," kata Azizan kepada media dalam satu majlis di Gurun hari ini.

    Azizan mengulas gesaan Tan yang meminta DAP dan PKR menyertai BN bagi membentuk kerajaan baru di Kedah dengan meninggalkan PAS.

    Ini kerana, kata Tan, kerajaan Kedah dibawah pimpinan PAS sekarang meminggirkan orang bukan Melayu di Kedah.

    Menurut Azizan, Tan ketinggalan dalam banyak hal termasuk isu kouta 50 peratus untuk orang Melayu apabila tanah rezab Melayu diambil untuk projek perumahan di bandar Alor Setar.

    Tan juga, kata Azizan, ketinggalan dalam isu pusat penyembelihan babi di Mergong.

    Sebelum ini, Azizan berkata, yang tidak adil adalah kerajaan BN sebelum ini yang telah meluluskan tanah rezab Melayu untuk projek perumahan tetapi menetapkan hanya 20 peratus sahaja kouta untuk orang Melayu.

    "Ini tanah rezab Melayu, bukan tanah pegangan bebas. Untuk tanah pegangan bebas, mana ada syarat itu," katanya.

    Dalam isu pusat penyembelihan babi di Mergong pula, pusat yang terletak di Pasar Mergong ini, walaupun telah bergerak selama lebih 30 tahun, namun ia tidak pernah mempunyai lesen yang sah dari pihak berkuasa tempatan.

    Aktivitinya pula mendapat bantahan orang Melayu yang turut ke pasar ini kerana bahan-bahan buangannya dibuang dalam tong sampah yang sama dengan penggunaan lain dan sebahagiannya dialirkan ke sungai berdekatan.

    Ekoran bantahan itu, Majlis Bandaraya Alor Setar telah mengarahkan pusat penyembelihan ini dipindahkan ke tempat lain.

    Ekoran itu, persatuan peniaga babi ini telah membuat rayuan kepada Menteri Besar Kedah untuk memberikan tempoh kepada mereka sebulan untuk mendapatkan tempat baru.

    "Menteri Besar telah menulis surat kepada Datuk Bandar Alor Setar agar rayuan mereka ini diterima. Jika selepas sebulan mereka tidak dapat kawasan baru, itu masalah mereka kerana mereka yang meminta tempoh sebulan," kata Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid yang dihubungi hari ini.

    Menurut Helmi, satu kawasan baru telah dikenalpasti untuk dijadikan tempat penyembelihan babi ini iaitu di satu kawasan dalam Kampung Cina Pendang.

    "Pejabat MB telah bersetuju dengan tapak baru ini jika mendapat kelulusan khasnya dari Jabatan Veterinar. Surat juga telah dihantar kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Pendang agar permohonan ini diluluskan jika mendapat sokongan dari jabatan-jabatan berkaitan," beritahu Helmi.

    Sementara itu, hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat di Kedah sangat baik, kata anggota Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.

    "Oleh itu, saya yakin pancingan Tan itu tidak akan dimakan oleh sahabat-sahabat saya dalam PKR atau DAP. Orang sekarang nak tinggal BN dan nak masuk Pakatan," kata beliau.

    Tentang isu-isu yang dibangkitkan, Firdaus yakin ia akan adapat diselesaikan dengan baik Oleh MB Kedah.

    "Sabarlah, isu babi ini sensitif dan tidak siapa mahu babi diternak atau disembelih di sebelah rumah mereka sekarang dengan wabak selsema babi ini. Jadi kena bersabarlah supaya kawasan yang dijadikan kawasan ternak dan sembelih itu nanti benar-benar sesuai," katanya.

    ReplyDelete