Pertamanya kita harus bersyukur dengan apa yang ada dan menoleh sejenak kebelakang untuk muhasabah diri agar tidak terleka.Sejak didalam kandungan ibu lagi kita telah di beri perhatian oleh kerajaan yang memberi rawatan dan khidmat nasihat kepada ibu sepanjang ia mengandungkan kita.Cuba anda bandingkan harga yang harus dibayar sekiranya anda membuat pemeriksaan dan khidmat nasihat kesihatan di institusi swasta,pasti kebanyakan rakyat Malaysia tidak mampu membayarnya.
Berumur 7 tahun kita menempuh pengalaman baru apabila berada dialam persekolahan yang mana ianya bermulanya era pendidikan seseorang yang bakal mencorakkan kehidupan setiap insan.Pendidikan peringkat pertama di tanggung sepenuhnya oleh kerajaan termasuk pinjaman buku teks,program makanan untuk pelajar miskin,pemeriksaan kesihatan dan lain-lain lagi.Selepas sekolah rendah,kita menempuh alam persekolahan peringkat menengah yang akan membentuk peribadi dan jati diri.
Peringkat pembelajaran di IPT adalah peringkat untuk mencari halatuju,mencari pekerjaan yang akan berkekalan bagi seseorang individu untuk meneruskan legasi kepimpinan bagi memacu kejayaan negara bersama pemimpin-pemimpin yang hebat.Siapa pemimpin yang hebat itu..??Andalah yang bergelar geraduan adalah bakal pemimpin negara dan bukannya pengkianat agama,bangsa dan negara.Salahkah kerajaan menyediakan tabung pendidikan dengan kadar keuntungan 1% sahaja..? Jika anda pelajar yang cemerlang pasti tiada masalah dan kalaupun ingin membangkang,bangkanglah demi kemajuan negara dan bukannya kemusnahan dan maruah diri anda sendiri.
Kitaran ini akan berulang semula bilamana anda berkahwin dan mempunyai cahayamata yang bakal menerima apa yang telah di sediakan oleh bapanya,datuknya,neneknya dan generasi-generasi terdahulu.Tanah perkuburan pun di sediakan oleh kerajaan...kite cakap macam ni aje...
No comments:
Post a Comment