Monday, October 28, 2013

Suasana PRK N20 Sg Limau

Salam sejahtera kepada anda semua rakyat Malaysia,tentunya anda semua masih membincangkan tentang bajet yang baru di bentangkan oleh YAB Perdana Menteri bagi tahun 2014.Ada yang mengatakan bajet kali ini hanyalah bajet untuk menampung perbelanjaan kerajaan yang semakin tenat dan tidak kurang juga ada yang mengatakan bajet tidak membantu rakyat yang berpedapatan ddengan menaikkan cukai.Apa pun pendapat anda itu adalah hak anda sebagai rakyat Malaysia.

Kite Cakap kali ini ingin membawa anda ke suasana PRK N20 Sg Limau Yan Kedah yang akan mendapat ADUN yang baru pada pilihanraya yang akan di adakan pada 4 November 2013.Sejak hari penamaan calon,suasana agak sederhana dengan poster-poster calon yang bertanding agak kurang di paparkan dan bendera-bendera parti agak suram dan hanya di kawasan-kawasan tertentu sahaja.Kenderaan semakin membanjiri jalanraya Yan seperti mana hujan yang mencurah-curah sehinggakan ada di beberapa tempat mengalami banjir.Peniaga pula semakin rancak berniaga kerana ramai yang bertandang samaada ingin melihat suasana ataupun penyokong dan petugas parti masing-masing.Jalan raya yang rosak seperti biasa telah di solek semula agar berseri dan rata untuk menyambut hari perayaan kali ini.Kampung-kampung yang selama ini tidak pernah di hiraukan kini saban hari mendapat tetamu yang kononnya bertanya khabar akan segala masalah untuk di selesaikan.Pemimpin-pemimpin parti macam biasa menampakkan kerajinan dan keperihatinan terhadap segala masalah dan membantu dalam aktiviti berkempen.

Calon yang bertanding masing-masing ada cerita tersendiri yang mungkin akan di gunakan sebagai senjata untuk berkempen dalam mempengaruhi pengundi di Sg Limau ini.Calon BN merupakan calon yang kembali dari merajuk hampir 30 tahun menghilang setelah pernah kalah satu ketika dahulu dalam pertandingan merebut jawatan ketua pemuda.Ada pengundi-pengundi muda dan ahli UMNO sendiri tidak mengenali beliau dan ada cawangan-cawangan kurang senang dengan pencalonan beliau.

Calon Pas di katakan saudara kepada allahyarham ustaz Azizan yang begitu di kenali dan dihormati penduduk di Sg Limau ini.Beliau juga dikatakan salah seorang daripada komplot yang ingin menjatuhkan reputasi allahyarham semasa menjawat jawatan MB dahulu.

Apapun tunggu keputusan yang akan di buat oleh pengundi-pengundi DUN N20 Sg Limau Yan Kedah pada 4 November 2013 nanti.Kite Cakap lihat macam ni...anda lihat macam mana...







1 comment:

  1. Syringe filter GVS Malaysia offers a rapid filtration of aqueous and organic solutions. High-quality membranes for the elimination of contaminants, Low volume of liquid retained and greater effective filtration area.

    ReplyDelete