Wednesday, February 11, 2009

Sama-sama lihat
















Selepas PRU ke 12 ramai yang terkejut dengan keputusan pilihanraya itu,yang mana semuanya menyalahkan Dato'Sri Abdullah Badawi yang tidak pandai bermain politik atau silap strategi dalam menentukan tarikh sebenar PRU 12.Ini terjadi disebabkan terdapat banyak isu-isu yang besar seperti kenaikan harga minyak,isu hindraf,isu Altantuya,isu islam hadari dan bermacam-macam lagi.Untuk meredakan kemarahan dan penambah semangat Pak Lah berkahwin dengan Jane yang selama ini berseorangan dan di kenali rapat satu ketika dahulu.Pak Lah di kecam hebat dan diminta melepaskan jawatan demi kepentingan negara,tetapi beliau memberi masa ke bulan Mac ini sempena persidangan agong Umno yang di tunda lalu.Dato Sri Najib mempersiapkan senarai nama kabinetnya untuk menjadi PM manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin merangka strategi untuk menentang Tan Sri Muhammad Taib dan Dato Sri Ali Rustam demi menjaga kerusi panas no dua negara.Dalam kekalutan itu terdapat bebrapa Pilihanraya kecil di Permatang Pauh,Kuala Terengganu yang menyaksikan tewas kepada PR(Pakatan Rakyat) dan terkini cuba menawan di kedua-dua bukit iaitu Bukit Gantang dan Bukit Selambau.Persoalannya di sini adakah peralihan kuasa akan terjadi di ketika semua orang menumpukan kepada pilihanraya kecil ini ?Ianya akan di adakan dalam jangka masa 60 hari dari tarikh pembuburannya.Adakah ini permainan politik yang tidak di sedari umum ? Sama-sama lah kita lihat...kite cakap..depa cakap kita tak tau..

No comments:

Post a Comment